Program Etika

Apa itu Program Etika?

  • Mengandungi satu set peraturan polisi prosedur dan sistem – digunakan untuk memotivasi dan memantau pelakuan beretika dalam sesebuah organisasi
  •  Merangkumi isu-isu budaya dan nilai-nilai organisasi seperti kenyataan misi, visi, kod etika, polisi syarikat.
  • Komponen secara umumnya merangkumi penggubalan kod etika, menjalankan latihan etika seperti komunikasi dengan para pekerja
  • Selain itu, menyediakan saluran bagi membolehkan pekerja membuat aduan serta melaksanakan system audit bagi mengesan kesalahan dan menjalankan penyiasatan dengan mengambil tindakan pembetulan.


TIGA FAEDAH PENTING DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM ETIKA

  1.      Dapat mengelakkan para pekerja dari melakukan perbuatan yang salah dari segi etika. Contohnya mengelak kerugian dari segi kewangan akibat daripada tindakan bayaran pampasan. Selain itu, dapat juga mengelak daripada tercetusnya perkara-perkara yang menjatuhkan reputasi syarikat.
  2.     Dapat digunakan sebagai satu alat pengurusan dalam menyesuaikan organisasi dengan perubahan-perubahan yang berlaku disekeliling. Faktor pendorong ialah penggubalan undang-undang serta peraturan baru kerajaan, penggabungan syarikat serta juga perkembangan organisasi ke peringkat antarabangsa.
  3.     Dapat mewujudkan persefahaman berhubung nilai-nilai organisasi di antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung. Dapat memastikan para pelanggan, pembekal, pelabur dan masyarakat akur dan patuh kepada nilai-nilai etika yang menjadi pegangan sesebuah organisasi.

        LAPAN LANGKAH MEMBANGUNKAN PROGRAM ETIKA

  1.      Menggubal kod etika mengikut standard yang khusus, jelas dan memudahkan pemahaman bagi anak syarikat serta pekerja untuk menepati program etika tersebut.
  2.     Kod etika yang digubal perlu dihebahkan kepada semua peringkat dalam organisasi melalui media cetak mahupun elektronik seperti poster, risalah, laman sesawang dan sebagainya. Melalui cara tersebut, amalan program etika dapat dikongsi dan dipraktikkan dalam organisasi.
  3.     Pihak bertanggungjawab seperti Bahagian Perkhidmatan dan Sumber Manusia perlu membantu dan melatih semua pekerja untuk memahami, mentafsir dan mengguna pakai kod etika sebagai salah satu program pembangunan sumber manusia.
  4.   Pihak pengurusan atasan diberi tanggungjawab untuk menyelaras, menggalak dan memantau perlaksanaan program etika supaya ianya berkesan.
  5.     Pihak atasan juga perlu memberi kuasa kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan, melaksanakan dan menguatkuasakan isu-isu etika sebagai contoh:                                               Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk memastikan kod etika dihayati dan diamalkan oleh semua kakitangan.                                                                                                                                       Jabatan Sumber Manusia bertanggungjawab memilih pekerja yang berkemampuan mematuhi dan seterusnya mengadakan bengkel dan kursus kepada semua pekerja. Pekerja pula perlu menerima kod etika, memahami dan mengamalkannya.
  6.     Membangunkan sistem komunikasi dan maklumbalas berhubung dengan penyelenggaraan etika. Sebagai contoh, talian MOCC, ‘help line’ dalam jabatan kerajaan yang telah diwujudkan. Talian komunikasi seperti ini diwujudkan sebagai pengantara antara masyarakat, pelanggan atau pengguna dengan syarikat.
  7.     Membangunkan sistem pemantauan dan audit. Kepatuhan terhadap kod etika boleh diukur dengan memerhati tindakan proaktif pekerja apabila berhadapan dengan isu etika. Selain itu saluran aduan yang dibangunkan oleh syarikat boleh digunakan untuk memantau dan menilai tingkah laku pekerja Sistem audit juga boleh dilakukan dengan membuat perbandingan antara tingkah laku pada masa sekarang dengan tingkah laku pada masa lampau.
  8.     Membuat pembaikan berterusan dengan menyusun semula dan memantapkan program etika untuk mencapai objektif. Sebagai contoh, syarikat boleh menjana sistem yang lebih berkesan seperti menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat pekerja yang gagal mematuhi program etika dengan baik.

        NILAI-NILAI DIRI YANG MEMPENGARUHI PROGRAM ETIKA

        TEORI PEMATUHAN (COMPLIANCE)
·         

  •      Prestasi pekerja dibandingkan dengan standard etika yang ditetapkan oleh organisasi.
  •      Mengenakan penalti akibat ketidakpatuhan
  •      Memberikan ganjaran kepada pematuhan etika
  •     Memerlukan interaksi yang baik. Ianya menjadi lebih sukar apabila melibatkan interaksi dengan banyak pihak

          TEORI “BAD APPLE – BAD BARREL”
“       Bad Apple”

  •            Berhubungkait dengan nilai peribadi berbanding budaya korporat dalam etika perniagaan
  •             Individu yang mempunyai nilai peribadi yang rendah berpotensi untuk tidak mematuhi peraturan etika
  •             Individu yang mempunyai nilai peribadi yang tinggi berpotensi untuk mematuhi peraturan etika
“      Bad Barrel”

  •            Berhubungkait dengan budaya korporat berbanding nilai peribadi dalam etika perniagaan
  •       Budaya korporat yang negatif boleh mempengaruhi amalan tidak baik dalam diri pekerja
  •            Budaya korporat yang positif boleh mempengaruhi amalan baik dalam diri pekerja


        FAEDAH MELALUI PROGRAM ETIKA

  •       Mengelak pekerja melakukan perbuatan yang salah dari segi etika.
  •       Digunakan sebagai alat pengurusan dalam menyesuaikan organisasi dengan perubahan yang berlaku.
  •    Membantu mewujudkan persefahaman berhubung nilai-nilai organisasi di antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan organisasi tersebut.
  •       Menjaga Imej Organisasi.
  •       Menjaga Prestasi Organisasi.
  •       Usaha pembentukan sikap ke arah mewujudkan budaya kerja positif.
  •       Menepati peraturan dan disiplin dalam organisasi.
  •       Melahirkan kecemerlangan dan peningkatan kualiti dalam perkhidmatan.
  
        
        KESIMPULAN

  •     Langkah-langkah dan pelaksanaan yang baik perlu diambil oleh organisasi dalam menguruskan program etika dengan berkesan
  •      Organisasi boleh mempengaruhi perlakuan dan nilai etika individu
  •      Kedua-dua individu dan korporat saling berhubung dalam menjayakan program etika yang berkesan